Followers

Pages

Labels

2008 (15) 2009 (140) 2010 (38) 2011 (1) 2012 (1) Abu Dhabi (1) Am (11) Amsterdam (1) Animal (1) Announcement (4) Argentina (2) Australia (2) Award (1) Bali (2) Bangkok (1) Belgium (1) Blossom (1) Bottle Opener (22) Brasilia (2) Brunei (3) Canada (2) Cardiff (1) Cartoon (5) China (2) Connecticut (1) Daddy (2) DD (6) Delhi (1) Dubai (3) Egypt (2) Espana (1) Exchangable (2) Exchange (11) FM Collectors (23) Foods/Drinks (6) Football Club (3) France (3) Friends (29) Germany (1) GH (50) Gift (27) Goa (1) Hawaii (2) Holland (3) Hong Kong (1) HRC (15) Idaho (1) Iklan/Aiming (15) India (8) Indonesia (5) Iraq (1) Italia (4) Jakarta (2) Japan (2) Kitchenware (5) Korea (3) Kuala Lumpur (3) Kuwait (2) Lain-lain (17) Las Vegas (1) London (8) Lovely Lace (1) Magnetic Plate (1) Maine (2) Malaysia (24) Maryland (1) Melaka (2) Metal (2) Michigan (1) Minnesota (1) Mississippi (1) Monaco (2) Montana (1) Netherland (4) Nevada (2) New Delhi (1) New Jersey (1) New Zealand (2) Occasions (1) Pahang (2) Paris (1) Penang (1) Pennsylvania (1) Philippines (3) Pusat Sains Negara (1) Relatives (21) Reserved (5) Rhode Island (1) Rome (1) Rubber (15) Sarawak (2) Singapore (2) South Carolina (1) Storage (1) Swansea (1) Switzerland (1) Tag (2) Thailand (4) UK (10) UM (1) Uruguay (2) USA (19) Venice (1) Wales (1) Walt Disney (1) Wooden (1)

Search

Powered by Blogger.

Tuesday 31 March 2009

Taj Mahal

Taj Mahal
- lambang cinta sejati Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal.

Mrs Wood yang sungguh baik hati melayan kehendak aku untuk mendapatkan FMs Taj Mahal masa dia ke Taj Mahal bawak ibundanya yang tercinta ke sana. Aku pun x sangka ada FMs dari Marble ni. Memula aku tengok,terperanjat gak. Unik gituh nampaknya; dan menggunakan marble yang sama untuk membina Taj Mahal ni. Ada 4 bentuk yang berlainan & aku simpan keempat-empat bentuk. Balance ada 2 untuk aku wat tukar-tukar. Salah sorang yang dah dapat Taj Mahal FMs ni ialah EFS. Satu lagi dah direserved kan kepada yang berkenaan. Maknanya aku ada 6 FMs marble ni.


Ini la keempat-empat bentuk yang ada dalam koleksi aku. Gorgeous tak?

#71

#72

#73


#74

Negara/Negeri : India/Agra
Sumber : Mrs Wood (bagi duit kat dia untuk beli semua FMs ni)
Koleksi : #71,#72,#73 & #74
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Monday 30 March 2009

Malaysia lagi

Ni 2 lagi FMs yang aku beli masa pergi Mid Valley Sabtu lepas.
FMs ni berlatarbelakang keindahan Putrajaya. Personally aku amat meminati nama 'Putrajaya' itu sendiri tapi kt FM ni hanya tulis Malaysia. Dalam FM ni dapat kita lihat jambatan, bangunan kerajaan, tasik buatan & tak ketinggalan masjid Putrajaya.



#69


Ini FM yang sama tapi gambar diambil dari atas, FM ni tebal & berat. Takut pecah, now dia duduk diam-diam kt pintu fridge aku di tempat yang paling atas sekali;anak-anak aku tak boleh capai (unless diaorang amik stool la kan).

Negara/Negeri : Malaysia (Putrajaya)
Sumber : beli sendrik lagi la..
Koleksi : #69
Tahun : 2009



FM yang bawah ni yang uniknya ada duit syiling 10sen tertampal disebelah kiri atap Muzium Negara. Ada jugak KLCC, KL Tower & Bendera Malaysia..
#70

Negara/Negeri : Malaysia
Sumber : GH
Koleksi : #70
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 29 March 2009

Dah dapat!

Semalam (Ahad 29/3/2009) aku dapat text msg dari Nora, FMs seller mengatakan dia dapat call dari seseorang yang nak pulangkan semua sampul Pos Ekspress... yang dihantar kepada dia. Dia kata nama yang tertulis kat sampul tu x duduk kat situ. Nora pun bagi alamat & No.telefon aku pada orang tu,tapi aku pelik gak dah tentu-tentu ada no telefon aku kat depan sampul surat tu lagi mau tanya.. Siap2 dia kata dengan nora kt situ xde alamat yang macam nora ckp tu (merujuk kepada alamat aku tu le). Terus aku called orang tu & cakap aku nak datang amek sampul surat tu. Sebelum tu dia jawab call aku macam orang tak paham apa-apa..adus..ini sure kes S-E-N-G-A-L! Aku soh Big Daddy yang gi naik amek dari orang tu. Aku hepi sekarang kedua-dua FMs tu dah ada dalam tangan aku...
Ini lah rupa kedua-dua FMs aku tu. Masa aku terima sampul tu, ada terbukak sikit la mungkin orang cina tu nak tengok la apa yang ada dalam tu. Apapun thank you sebab pulangkan pada aku walaupun dia amek masa yang lama (setelah seminggu ada dalam tangan dia)untuk pulangkan.Dapat je sampul tu aku terus msg Nora bagitau dah selamat semuanya. Kami berdua tak le rugi. Nora tak rugi kene gantikan 2 FMs aku & aku pulak tak perlulah bagi duit postage..Alhamdulillah...




Negara/Negeri : China
Sumber : beli dari FMs seller
Koleksi : #67



Negara/Negeri : UK/London
Sumber : beli sendiri dari FMs seller
Koleksi : #68



Thank you & Happy Viewing!!

Jalan2 beli FMs

Sabtu lepas aku ke Mid Valley, amek jacket yang Big Daddy tempah kt Sparkman Shop Metrojaya. Sebenarnya ini minggu ke-3 kami berulang ke sana. Minggu pertama gi buat tempahan, minggu ke-2 sepatutnya dah siap tapi ada plak yang Daddy x puashati kene betulkan sikit & ini minggu ke-3 untuk collect jacket tu. Dari minggu pertama aku dah nampak booth yang jual FMs ni tapi aku x le menyinggah sebab masa tu nak cepat. Minggu ke-2 aku singgah kejap tapi tak sempat nak membeli (Daddy dah menjeling), tapi kali ni aku singgah & beli beberapa FMs yang comel & cute ni & paling best dia Rubber jadi kalo jatuh pun no hal la kan.....


FMs ni kalo beli satu RM4.50 dia offer beli 5 = RM20.00. Aku pun tanpa melengah2kan waktu, pilih je la...

Red Froggie #62

Heart shapes #63

Cute Fish #64

Kura-kura tersengih #65

Kete comel ni no #66


Negara/Negeri : Ntah dibuat kat mane tak tau
tapi beli kat Mid Valley Megamall KL
Sumber :
tuan empunya blog ni - GH
Koleksi : #62,#63,#64,#65 & #66
Tahun : 2009;March


Thank you & Happy Viewing!!

Friday 27 March 2009

Jakarta

#61

FM ni aku dapat dari seorang sahabat yang namanya dirahsiakan. TQ sahabat.. ;-)

Negara/Negeri : Indonesia;Jakarta
Sumber : rahsia..
Koleksi : #61
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

USA & Canadian Provinces Magnets

Aku ada beli USA state magnet dari EN. Zayed. Aku lebih suka mengumpul state magnet sekarang ni. Aku beli 7 state dari En. Zayed hari tu. Nebraska, Maine (state ni Big Daddy paling heboh soh aku cari; tempat dia dapat Ph.D dia), Idaho, Delaware, Montana, Rhode Islan & Maryland. Masih ada 43 states lagi yang aku kene cari. Samping tu aku nak jugak cari Canada state magnets. Semoga usaha aku ni berjalan lancar.
Gambar kt bawah ni gambar hiasa je.. Inilah antara states yang aku belum ada ada jugak yang aku dah ada.... Bila dah ada banyak2, aku tengok macam cantik pulak fridge aku tu... hehehehehe Bajet! Bajet!... Gambar ni aku amek dari internet..


Canadian Provinces - yang ini super CUTE!





Thank you & Happy Viewing!!

Thursday 26 March 2009

Thank you Knot!!

Awal minggu lepas aku menunggu 2 FMs yang aku beli dari seorang FMs seller. Beberapa hari selepas bungkusan aku dihantar, aku masih belum terima FMs aku tu. Rupa-rupanya seller tu tertulis salah alamat. FMs tu dah selamat sampai ketangan orang lain. Dengan bantuan posmen yang menghantar Pos Ekspress tu,aku dapat tau alamat dimana FMs aku berada sekarang. AKu telah tinggalkan note di dalam PO Box rumah yang terima FMs aku tu. Tunggu sehari tapi tak de pape jawapan dalam PO Box aku. Aku cuba ke unit rumah tu tapi dia xnak bukak pintu. 5 kali jugak aku berulang ke rumah tu tapi dia masih xnk bukak pintu. Akhirnya seller tu terpaksa ganti rugi & aku dikenekan bayaran postage (adilkah macam tu). Tapi aku x kuasa nak bertekak sebab bukan salah aku pun sebab aku dah bagi alamat yang betul. Aku harap dia akan pos FMs gantian secepat mungkin. Gambar dibawah ini adalah gambar Fm aku yang diberi percuma kepada penghuni rumah B-4-3 tu.. Aku sedih....

Kesedihan aku ini diwarnai kegembiraan bila Mrs Wood telah menjanjikan FMs yang lebih cantik untuk aku.. Thank You Knot.. Sib baik ko cari aku selepas 17thn kita x jumpa... Lebiu lah.....


Thank you & Happy Viewing!!

Thailand

#60

Mama belikan aku 3 biji FMs dari Thailand... Bestnya..... FMs aku dah makin bertambah..
TQ mama... Love you...

Negara/Negeri : Thailand
Koleksi : #60
Sumber : Mama
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Wednesday 25 March 2009

Notis

Kepada pengunjung blog ni yang berminat nak beli FMs dari Europe, boleh la menghubungi Mrs Wood (sahabat yang paling banyak tolong belikan aku FMs) yang bekerja dia New Delhi, India melalui email dia wagenwood@gmail.com . Mr & Mrs Wood akan berlepas ke Itali pada awal bulan April depan. So, kalo korang nak kirim FMs dari sana, cepat-cepat contact dia ok...
Aku nak promote banyak-banyak aku pun tak tau, so korang boleh la email dia ok. Jangan takut, she's nice person...kawin dengan omputeh tau... hehehehee..

Thank you & Happy Viewing!!

South Dakota

#59

FM ni aku beli dari FMs Seller - En. Zayed Zulkifli. Aku dapat email address dia dari Sha,
TQVM Sha..

Negara/Negeri : USA/South Dakota
Koleksi : #59
Sumber : Beli sendiri.. GH
Tahun : 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Tuesday 24 March 2009

Tag lagi...

Seronok gak main tag-mengetag ni. Kali ni tag dari Sha, thank you Sha. Sib baik Sha tag yang senang-senang jek..

Rules :
* Go to your photos folder in your computer.
* Go to the 6th folder of photos.
* Go to the 6th picture in that folder.
* Put the picture on your blog and description of it.
* Invite six friends to join the challenge.

Rules nombor 1 : My Pictures folder ada 23 folder (setakat ini)
Rules nombor 2 : Folder ke - 6 is CANTIK's folder
Rules nombor 3 : Pergi ke foto no - 6
Rules nombor 4 : Letak foto tu kat sini & ceritakan - ini dia gambonye.. Ini gambo rumah saya (tapi bukan unit yang saya beli sebab unit yang saya beli agak jauh dari situ, tak boleh masuk). Ketika gambo ini diambil, rumah ini dalam pembinaan lagi. Rumah ini terletak di Bandar Nusaputra, Cyberjaya & nama rumah saya ialah CANTIK's. (ok x karangan pendek ni Sha?)



Rules nombor 5 : Tak de sesiapa yang nak kene tag dari mommy...SELAMAT ye korang..

Thank you & Happy Viewing!!

Reserved #4

#58

Yang ini reserved untuk orang Brunei - Zie. ;-)
Taj Mahal ni dikirim dari Mrs Wood. Hope u like it. Later bagi email address u ok? Kita akan usahakan macamane nk wat pertukaran FMs ni..

Negara/Negeri : India
Sumber : GH
Koleksi : #58
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Monday 23 March 2009

Korea

#57

Pagi ni macam rajin sangat-sangat nak update blog ni. Tapi connection teruk sangat. But cuba jugak la...yang penting dapat update FMs collection aku ni. Ok, meh mula cerita. FMs ni adalah pemberian kawan blog aku - EFS. Nama pena (ayat skima betul) dia pun dah cantik belum lagi aku bagitau nama penuh dia.. Tapi biar la aku kenalkan dia sebagai EFS sahaja. Actually 1st time aku tengok FMs blog dia aku rasa kagum sebab dia ada beratus-ratus FMs dalam simpanan dia..pada pikiran aku, mane gaknya dia letak semua FMs dia tu ekk? Dia lekat kan semua ke kt fridge umah dia tu? But bila aku dah mula berkawan dengan dia, aku pun tau, dia simpan dalam kotak. Bila dah boring dia pun tukar-tukar, begitu la mengikut cerita dia.

Negara/Negeri : Korea
Sumber : EFS; Mommy the Lawyer
Koleksi : #57
Tahun :2009



Ini la dia EFS... Aku suka gambar ni.. ;-)

Thank you & Happy Viewing!

Saturday 21 March 2009

Reserved #4


#55
#56


Ini aku reserved untuk EFS. FM Taj Mahal tu hasil kiriman aku pada Mrs Wood. Itu FMs au yang ke #55. Cuma dapat bagi dia Clog tu je dari Holland but aku ada gak kirim kt kawan Along aku untuk beli FMs yang lain untuk EFS. Kalo ada, i bagi u k.. ;-). Clog tu sama macam clog yang aku ada but ini yang lain. Yang no #56. (Entry ni aku taip since 18/3/2009 but tak sempat siapkan. Kedua-dua FMs ni dah selamat berada dalam tangan EFS pada 19/3/2009).

Negara/Negeri : India & Netherlands
Sumber : Mrs Wood & Mama
Koleksi : #55 & #56
Status FM : Reserved
Tahun 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Tuesday 17 March 2009

Tag dari MummyAeesh

Inilah pertama kali sejak ada blog pertama tahun 2005 sampai sekarang diri ku ini di tag.. Kalut gak nak buat tag ni tapi dengan jayanya dapat membuat tag dari Mummyayeesh ni..
Meh kita layan...
1. Do u think u'r hot?
Anda rasa anda hot?
- HAHAHAaa!! GILE TAK hot!!

2. Upload ur fav pic
Upload gambar kegemaran anda

Mommy (4 months preggie~April 2006~ & Baby Ariq)

3. Why do u like dat pic
Kenapa anda suke gambar ini
- Rasa macam SEXY jek masa ni..

4. When was the last time u ate pizza?
Bila kali terakhir makan pizza?
-Awal bulan ni, Dominos Pizza Home Delivery

5. The last song u listen to Lagu terakhir yang anda dengar
- Matahariku by Agnes Monica;suka lagu tu..tiap-tiap hari dengar..

6. What r u doing rite now beside this?
Apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ni?

- Chat @ gmail dengan FMs Seller, En.Zayed Zulkifli tengah deal psl FMs;tp line x bagus kejap2 ilang...

7. What name u prefer beside urs?
Selain nama anda sendiri, anda suke dipanggil dgn panggilan ape?
- Big Daddy(My Hubby baby) panggil mommy CANTIK.. & i'm very happy dengan panggilan tu..now dah 13th years dah dia panggil mommy CANTIK...(ini fakta tau, bukan auta)

8. People to tag :
tag 6 org
-adusss sape plak yang nak di tag ni ekk?? Erm...
1) Uncle Lee
2) Zie
3) Sapura
4) Lady Verde
5) Ms LVoe Sha
6) EFS

9. Who is no. 1?
Sape no. 1
- Uncle Lee:kawan blog dari Canada...

10. No. 3 is having relationship with?
Org no. 3..ade hubungan dengan sesape?

- Sapura:ada hubungan dengan mommy sebagai sahabat baik.. sejak tahun 1995

11. Say smth about no. 5
kata sesuatu tentang no. 5
- Ms LVoe Sha:dia suka kumpul Handbag chap COACH....dia jugak peminat FMs.. Sejak link blog dia Sha, kawan blog mommy semakin ramai.. TQ Sha..

12. How bout no. 4
Bagaimana pulak dgn no. 4
- Mrs Doctor:dia ni pun fridge dia dah nak penuh dengan FMs..

13. and no. 2
siapakah orang no. 2

- Zie:FMs collector dari Brunei,pun fridge dia dah penuh sampai ketepi dgn FMs..JELES tau!!

14. bagi pesanan pd org no. 6
-EFS:Bila nk update FMs blog u? tersangat-sangat lah jelesnye tengok FMs baru u ituh...
Jangan lupa FMs untuk mommy...



Thank you & Happy Viewing!!

Monday 16 March 2009

Exchangable #2

Meh kita main tukar-tukar FM nak x?


#54

Ini pun untuk ditukar kepada sesiapa yang berminat. TQ

Negara/Negeri : Malaysia;Sarawak
Sumber : GH
Status FM : Exchangable
Koleksi : #54

Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 15 March 2009

Exchangable #1

#53

Untuk ditukar. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tukar dengan mana-mana FM yang you all rasa sesuai untuk ditukar dengan yang ini, sila komen dibawah ni ye.. TQ.

Negara/Negeri : Malaysia;Sarawak
Sumber : GH
Status FM : Exchangable
Koleksi : #53
Tahun : 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Saturday 14 March 2009

Reserved #3

#53

Yang ini pulak untuk Sapura,sahabat dari UTM,Skudai. Dia kata nk tukar dengan Jakarta FM. Later ada yang obersi punya, aku bagi jugak kt ko k? Harap ko hepi dengan FM ni..

Negara/Negeri : Malaysia;Sarawak
Sumber : GH
Status FM : Reserved
Koleksi : #53
Tahun : 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Friday 13 March 2009

Reserved #2

#52

Yang ini reserved untuk Norazira SamBahari. Dia kata nak tukar dengan FM dari Dubai & Bahrain. Ok Nora, this is yours,aku kene cari lagi satu untuk cukupkan quota ko ni. Harap ko hepi ekk.. Later kalo ada dari obersi punya, aku akan bagi kt ko.

Negara/Negeri : Malaysia;Sarawak
Sumber : GH
Status FM : Reserved
Koleksi : #52
Tahun : 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Reserved #1

Dekat pukul 2 am tapi mata belum boleh lelap lagi. Pagi nanti aku ada appointment dengan Mrs Wood,sebelum dia fly balik Delhi, aku kene jumpa dia. Tetiba teringat FM untuk dia yang aku reserved kan hari tu. Cepat-cepat aku bangun terus dapatkan bag yang ada FM. Nanti kalau aku tak keluarkan dari bag tu & masukkan dalam handbag memang SAH la esok Mrs Wood x dapat FM dia tu. Ini dia rupa FM yang aku dah asingkan siap-siap untuk dia.




#51

FM tulisan Holland tu memang Mama belikan 2 untuk aku. Memang itu untuk Mrs Wood. Nak kira ke itu koleksi yang keberapa? Erm...kira je la kan.. Ini Koleksi yang ke #51. So dia punya dengan aku punya sama la.


Negara/Negeri : Holland;Netherlands
Sumber : Mama
Status FM : Reserved
Koleksi : #51
Tahun : 2009

FM Sydney tu pulak, dari koleksi FM aku #19. Kedua-dua FM ni ialah sebagai tukar-ganti dengan 4 FM yang Mrs Wood dah bagi pada aku. Sebelum ni aku dah bagi FM Reno.


Negara/Negeri : Australia;Sydney
Sumber : GH
Status FM : Reserved
Koleksi : #19
Tahun : 2009

Harap-harap lepas ni banyak lagi FM yang boleh ditukar-ganti!! Untuk Mrs Wood, aku tunggu FM dari ko banyak-banyak lagi!!



Thank you & Happy Viewing!!

Thursday 12 March 2009

Penang lagi

#50
FM ni diberi oleh Ena adik angkat aku masa dia g bercuti ke Penang akhir tahun lepas. Ena belikan 2 FM Penang untuk aku,tapi masa dia bagi tu kt depan Makcik dia, makcik tu macam berkenan yang satu lagi tu, so aku pun bagi la. Kebetulan aku pun dah ada FM yang serupa,so x de hal la nk bagi..;-)

Negara/Negeri : Malaysia/Penang
Sumber : Ena
Koleksi : #50
Tahun : 2008

Tuesday 10 March 2009

Semoga Cepat Sihat

Salam. Semalam mommy balik dari hometown mommy = Johor Bahru. Melawat anak saudara lelaki mommy ZAFRI IRFAN ZAIDI yang baru berusia 4tahun tapi doktor suspek dia ada appendik. Mula dari hari selasa minggu lepas Ipan (nama panggilan dia) kene cirit birit & muntah2 berlarutan hingga hari khamis. Sejak hari selasa tu, Ewin (adik mommy Mama Ipan) bawak dia ke klinik. Tak cukup klinik, bawak jugak ke Puteri Specialist Hospital JB (memang kat situ Ipan lahir & follow-up jmp pakar Paeditrik dia Dr. Cathrine Tham). Jumaat lepas Ipan admitted. Dalam wad Ipan masih muntah2 & cirit tapi doktor masih x dapat tau apa penyakit dia. Perut Ipan jadi buncit. Ahad lepas Ipan jalani X-Ray & doktor suspek dia appendik. Terus dibedah. Menurut doktor appendik dia dah pecah & nanah dah merebak. Sehari selepas bedah, Ipan muntah hijau pulak. Doktor terpaksa masukkan tiub kehidung dia supaya muntah tu dapat kuar dari situ. Semalam masa mommy tinggalkan dia, Ipan masih merengek menangis cakap sakit. Naluri keibuan mommy cepat terasa lalu airmata mommy mengalir laju bila tengok keadaan dia. Sepanjang perjalanan semalam, ingatan mommy hanya pada keadaan Ipan. Teringat-ingat badan dia yang kurus terbaring menahan sakit sambil air mata dia mengalir. Ipan, mommy sayang Ipan semoga Ipan cepat sembuh. Kepada pembaca blog mommy ni, mommy berharap dapatla sama-sama kita mendoakan semoga Zafri Irfan cepat sembuh & menjadi aktif seperti biasa. Amin.

Wednesday 4 March 2009

Kitchenware

#49

Whisker ni Along bagi pada aku. Actually dia beli untuk diri dia sendiri, tapi oleh kerana aku merengek nak jugak bende ni, dia pun terpaksa la bagi. Sebelum ni Along dah beli sudip. Whisker ni boleh digunakan sebab dia stainless steel. Size dia x berapa besar, x berapa kecil. Along beli ni masa kt Holland. Thank you Along...muahsss... Ini FM kitchenware aku yang pertama dan nk cari lagi banyak-banyak.

Negara/Negeri : Beli @ Leiden,Holland.
Sumber : Puan Harni Zeeta a.k.a Along
Koleksi : #49 (bila nak 100 ni??)
Tahun : 2009

Twin Tower

#48

Ni lagi satu FM buatan Malaysia. Proud to be Malaysian!! Xyah la nk cite banyak pasal bangunan yang gah ni sebab semua orang dah tau. Tahun 2005 aku ada g interview keje kt bangunan ni. Tapi xde rezeki nk keje kat situ..

Negara/Negeri : Malaysia, Kuala Lumpur
Sumber : DD
Koleksi : #48
Tahun : 2008

Tuesday 3 March 2009

Kuching


FM Kucing comel pake ribbon Pink ni aku kirim dari mak sedara aku yang g ke Kuching Sarawak awal Januari tahun ni. Oleh kerana aku yang bayar, kira aku la yang beli..heheheee.... Dia beli lebih dari 10 biji FM ada tulis Sarawak & Kuching. Ada yang dah bagi kt kengkawan or sedara yang datang umah aku. Tinggal beberapa jek. Akan aku masukkan kesemua FM yang aku beli dari Sarawak ni dari masa ke semasa...


Negara/Negeri : Malaysia;Kuching Sarawak
Sumber : diri sendiri leee
Koleksi :#47

Tahun : 2009

Sunday 1 March 2009

Japanese Tea House

#45
#46

Lagi dari Bukit Tinggi, Pahang. Kali ni FM ni dari Japanese Tea House. Muka pompuan Jopon & tulisan Japan.. Macam beli kt Jepun la kira-kira ni.. hehehee...

Negara/Negeri : Malaysia;Bukit Tinggi Pahang
Sumber : Dyan Afinaz
Koleksi : #45 & #46
Tahun : 2009,Februari



Pageviews since 2 June 2012

Here! Here!