Followers

Pages

Labels

2008 (15) 2009 (140) 2010 (38) 2011 (1) 2012 (1) Abu Dhabi (1) Am (11) Amsterdam (1) Animal (1) Announcement (4) Argentina (2) Australia (2) Award (1) Bali (2) Bangkok (1) Belgium (1) Blossom (1) Bottle Opener (22) Brasilia (2) Brunei (3) Canada (2) Cardiff (1) Cartoon (5) China (2) Connecticut (1) Daddy (2) DD (6) Delhi (1) Dubai (3) Egypt (2) Espana (1) Exchangable (2) Exchange (11) FM Collectors (23) Foods/Drinks (6) Football Club (3) France (3) Friends (29) Germany (1) GH (50) Gift (27) Goa (1) Hawaii (2) Holland (3) Hong Kong (1) HRC (15) Idaho (1) Iklan/Aiming (15) India (8) Indonesia (5) Iraq (1) Italia (4) Jakarta (2) Japan (2) Kitchenware (5) Korea (3) Kuala Lumpur (3) Kuwait (2) Lain-lain (17) Las Vegas (1) London (8) Lovely Lace (1) Magnetic Plate (1) Maine (2) Malaysia (24) Maryland (1) Melaka (2) Metal (2) Michigan (1) Minnesota (1) Mississippi (1) Monaco (2) Montana (1) Netherland (4) Nevada (2) New Delhi (1) New Jersey (1) New Zealand (2) Occasions (1) Pahang (2) Paris (1) Penang (1) Pennsylvania (1) Philippines (3) Pusat Sains Negara (1) Relatives (21) Reserved (5) Rhode Island (1) Rome (1) Rubber (15) Sarawak (2) Singapore (2) South Carolina (1) Storage (1) Swansea (1) Switzerland (1) Tag (2) Thailand (4) UK (10) UM (1) Uruguay (2) USA (19) Venice (1) Wales (1) Walt Disney (1) Wooden (1)

Search

Powered by Blogger.

Monday 25 May 2009

15 biji lagi

*Entry yang sama dalam diari blog*

Jumaat lepas, aku jumpa Sha,Diera (adik Sha) & Jane Doe. Sha & Jane Doe ialah FM collector. Perjumpaan pada waktu orang sembahyang jumaat itu berlangsung di KLCC. ;-)
BEST!! itu yang dapat aku gambarkan melalui tulisan. Memang seronok sangat. Harap2 dapat lagi peluang macam tu selepas ni. Yang paling best aku dapat 15 biji FM hari tu. Termasuk yang aku beli sendiri kat KLCC,yang beli dengan Jane, yang Sha bagi & dengan yang Jane bagi. Seronok sangat2 tau.. Sha, nanti bulan depan kita dating pulak dengan Mrs Wood. Aku tak sabar nk tunggu dia balik ni...

Sha & Diera
Sha & GH


15 biji FMs!
Nyumnyum..
Wow! bestnya....
Ini peberet Sha..

Aktiviti hari tu - Makan-makan,minum-minum,jalan-jalan,beli-beli & usha-usha. Lepas makan kitaorang menapak gi ke Akuaria KLCC dengan satu tujuan - cari FM!. Dapat!! Puashati dapat beli FM Akuaria,kami balik semula ke KLCC,kali ni cik kak bertiga tu ajak aku masuk butik Gucci, LV & Coach.. Lepas tu kami pun balik. Aku balik naik tren... ;-)

Sha, Diera & Jane - best sangat dapat jumpa uols... harap2 ada lagi peluang untuk kita berjumpa macam ni lagi nanti.. ;-)


Thank you & Happy Viewing!!

Dah berkurun!

Dah berkurun dah cerita ni.Tapi baru dapat share hari ni. Oleh kerana kesibukan menukar background blog FM & pindah dari wordpress ke blogspot untuk personal blog tu,jadi cerita ni lambat la disiarkan (cam dalam tv plaks).

15 Mei 2009
1.00 ptg - Lepas hantar Daddy gi Dialisis,aku called Ewin tanya boleh jumpa kat mane. Tapi dia kata masih ada kerja yang belum setel. Maknanya petang tu program terpaksa dikensel. Oleh kerana tak mahu membuang masa yang ada (bukan senang nak dapat kuar) terus teringat pada Watie. Dengan bangganya call la dia cakap nak jumpa. Tapi tak bawak pulak FM yang nak ditukar tu, kebetulan plak masa tu baru beli FM UPM,so boleh la bagi pada Watie. Berjanji nak jumpa dia kat McD Equine Park tapi sikit punya ramai orang,tukar tempat so yang ada kedai mamak Azwath tu jek. Aku tunggu Watie kat situ.


Ini Yaeesh - budak comel yang suka keamanan tu..

Cik kak 2 orang ni suka bergosip..tak baik tau! huahahahahhaaa (pssstt..nanti kita jumpa kita gossip lagi tau)

Ini 2 FM yang Watie bagi. Thank you Watie!

Watie pun sampai dengan 2 orang escort dia. hehehehee... Budak comel yang suka wat peace tu kelakar. Dengan rambut dia tu, comel sangat. Aku dapat 3 FMs dari wati..Malu betul, aku bagi dia satu je tapi aku dapat 3. Nak kene cari lagi 2 la ni. Seronok berbual,tukar pulak tempat untuk bagi budak comel tu lagi selesa sikit. Berbual plaks kat McD. Borak,gossip pasal diri sendiri itu je la keje kita berdua. Letih berborak, kitaorang pun balik.. Harap Watie tak serik jumpa k.Ain.. Nanti kita jumpa lagi...


Thank you & Happy Viewing!!

Monday 18 May 2009

Untuk Semua!

Yang ini untuk GH,Sha,Mrs. Wood & Jane Doe. Untuk Zie pun ada. Nanti GH post ok?

Yang ini untuk Azma,Anna & Opie.
Ok tak?? Mintak Opie & Anna email kt GH alamat ye.. Nak post.

Thank you & Happy Viewing!!

Pagnet adik!

Masa beli FMs ni, Comel tak perasan. Sebabnya FM ni dok dalam plastik. Bila dah sampai rumah Comel nampak. 'Mami pagnet adik'. Aku tak tau kenapa dia cakap ini pagnet dia,mungkin sebab kecil & comel. Dia pun sibuk nk menyusun FM ni. FMs ni je dah wat bilangan FM aku bertambah.. Yeeeha... Comelkan FM ni? FM kayu ni tersangat ringan. Sebab tu la kedudukannya selalu berubah sebab Comel selalu main.

Sumber : GH
Koleksi : #134-#147
Tahun : May 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 17 May 2009

Dah ok.

heheheee... amacam? ok tak templates baru blog ni? pink gitu..walaupun aku tak suka pink!! yang penting nnampak comel je blog ni.. dapat wat keje tak sampai sehari, menunjukkan tenet hari ni ok sesangat..

Thank you & Happy Viewing!!

Tutup Sementara

Salam semua..
Ini notis pemberitahuan. Rasanya dalam sehari dua ni bermula pukul 10.00pagi esok 18 Mei 2009, blog ini akan disetkan private untuk meberi laluan kepada kerja-kerja kemaskini blog ini. Dengan connection kt rumah ni yang tak berapa bagus,sedaya upayanya aku cuba buat kerja secepat mungkin.
Sekian, harap maklum.



Thank you & Happy Viewing!!

Friday 15 May 2009

Asal boleh je..

FMs ni cantik tau..berkilat & besar. Banyak pix tapi untuk permulaan ni aku beli je 3 ni dulu. Nanti kalo g Shah Alam lagi nk beli lagi balance tu.. Magnet dia pun bagus, kuat. Melekap baik punya kat pintu esbok tu..





#131

#132

#133

Negara/Negeri : -
Sumber : PKNS Shah Alam
Koleksi : #131, #132 & #133
Tahun : May 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Thursday 14 May 2009

Cuci mata ek..


Semalam,oleh kerana network teruk aku mengambil keputusan untuk mengikut Daddy ke Sri Gombak. Daddy ada urusan kerjanya, aku pulak ada agenda tersendiri iaitu FRIDGE MAGNET! Ena bagitahu ada beberapa kedai di Taman Melawati tu mejual FM. Tapi Ena dah warning la, kedai tu bukan jual FMs yang ada tulis nama negara. FM biasa2 aje katanya. Oleh kerana memang dah biasa dengan tempat tu jadi senang la aku mencari kedai yang Ena maksudkan tu. Banyak jugak lah aku memborong..;-). Dengan bayaran hampir RM60 aku mendapat lebih dari 10 FMs!! Berbaloi la kan? Aku rasa ada dalam 15biji FMs aku dapat beli dari kedai tu semalam. Selepas tu, gi pulak Alpha Angel, jumpa Ena kt situ. Beli lagi FMs yang ada jual kat booth di tingkat bawah tu.. Enjoy betul aku semalam. Tapi memang la bukan FMs yang ada tulis nama negara yang aku beli semalam. FMs yang comel-comel & cantik-cantik.

Rasanya nak kene beli magnetic board nanti, nk letak semua collection yang macam ni dok satu tempat. Mungkin boleh jadikan satu ruangan yang dipanggil Crazy Corner!! Hahaha!!! Cita-cita tinggi tu!! Akan tercapaikan cita-citaku ini? lalaaalllaaaa...

Thank you & Happy Viewing!!

Mr Birdy


Ini pun dari Ena. Comel kan?

Negara/negeri : -
Sumber : Ena Ross
Koleksi : #130 (yesszaa dah capai target!!)
Tahun : April 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Mr Crabby


FM ketam ni datang dari Ena. Thank you Ena.




Negara/Negeri : -
Sumber : Ena ROss
Koleksi : #129
Tahun : April 2009



Ena berbaju Kurung Kelabu. Masa ni Majlis Aqiqah anak bongsu Ena. Yang bertudung tu Lin.

Thank you & Happy Viewing!!

Wednesday 13 May 2009

Selipar Bali

Selipar ni aku amek sebelah kanan, aku bagi Mrs Wood sebelah kiri. Aku harap dia suka...
Ini antara FMs Bali yang aku dapat dari mommythelawyer... Thank you EFS!!


#127 & #128

Negara/Negeri : Indonesia;Bali
Sumber : EFS
Koleksi : #127 & #128
Tahun : 2009




Thank you & Happy Viewing!!

Twin Tower lagi

Heheeee... Tengok! Kita ada 2 Petronas Twin Tower ni tau!! Satu yang dah lebam tu, DD belikan. Yang masih baru berkilat tu MummYaeesh yang bagi sebagai cenderahati untuk semua Followers dia.. Big Thank You ye Watie.. Akak suka...


#126

Negara/Negeri : Malaysia;Kuala Lumpur
Sumber : Rillawati
Koleksi : #126
Tahun : April 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Pengantin Korea

Pengantin Korea ni aku beli dari FM Seller Mas. Hari tu aku jumpa dia, amek FMs ni. Aku ada belikan untuk Mrs Wood & EFS sepasang setiap sorang. Aku harap diaorang suka.

#124 & #125

#124

#125

Negara/Negeri : Korea
Sumber : FMs Seller - MAS
Koleksi : #124 & #125
Tahun : May 2009




Thank you & Happy Viewing!!

Dah simpan!


Sempena keghairahan untuk memasuki rumah baru kami, aku dah selamat simpan semua FMs obersi aku kat dalam sebuah kotak kasut (inspired dari EFS;dia simpan semua FMs dia dalam kotak kasut). Yang tinggal hanyalah FMs yang buah-buahan,bunga-bungaan,sayur-sayuran,orang-orangan,binatang & etc... Mungkin sehari dua pun semua FMs ni aku akan simpan gak, dalam kotak kasut yang lain sebab kotak kasut yang satu dah penuh & BERAT!! Kang lobos jatuh semua FMs mokcik!! Jahanam plaks nanti, sape yang bengang?!! MOKCIK jugak yang bengang.. ;-)

Thank you & Happy Viewing!!

GRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!

Sakit betul hati dengan network connection kt rumah ni!! Macam siot je!! Rasa nk bakar je laptop yang tak bersalah ni!! Dari pagi semalam nk upload pix tak lepas2. Aku cuma boleh browse email, accept comments je. Nk reply klik je terus dia kata "kenot bi dispelir"!! HADUUUUUUUUHHHHH sakit betul otak aku ni lah. Pagi ni pun sama gak... Sib baik boleh menaip je, tapi gambo stil tak boleh nk upload!!! Aku bengang!!!!! TOLOOOOOONG!!!


Thank you & Happy Viewing!!

Monday 11 May 2009

Magnet Clip

Comel tak? Magnet clip ni aku beli sebab tahap kecomelannya yang membuat aku rasa patut memilikinya..


#123

Negara/Negeri : -
Sumber : Memory Lane
Koleksi : #123
Tahun : 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Pageviews since 2 June 2012

Here! Here!