Followers

Pages

Labels

2008 (15) 2009 (140) 2010 (38) 2011 (1) 2012 (1) Abu Dhabi (1) Am (11) Amsterdam (1) Animal (1) Announcement (4) Argentina (2) Australia (2) Award (1) Bali (2) Bangkok (1) Belgium (1) Blossom (1) Bottle Opener (22) Brasilia (2) Brunei (3) Canada (2) Cardiff (1) Cartoon (5) China (2) Connecticut (1) Daddy (2) DD (6) Delhi (1) Dubai (3) Egypt (2) Espana (1) Exchangable (2) Exchange (11) FM Collectors (23) Foods/Drinks (6) Football Club (3) France (3) Friends (29) Germany (1) GH (50) Gift (27) Goa (1) Hawaii (2) Holland (3) Hong Kong (1) HRC (15) Idaho (1) Iklan/Aiming (15) India (8) Indonesia (5) Iraq (1) Italia (4) Jakarta (2) Japan (2) Kitchenware (5) Korea (3) Kuala Lumpur (3) Kuwait (2) Lain-lain (17) Las Vegas (1) London (8) Lovely Lace (1) Magnetic Plate (1) Maine (2) Malaysia (24) Maryland (1) Melaka (2) Metal (2) Michigan (1) Minnesota (1) Mississippi (1) Monaco (2) Montana (1) Netherland (4) Nevada (2) New Delhi (1) New Jersey (1) New Zealand (2) Occasions (1) Pahang (2) Paris (1) Penang (1) Pennsylvania (1) Philippines (3) Pusat Sains Negara (1) Relatives (21) Reserved (5) Rhode Island (1) Rome (1) Rubber (15) Sarawak (2) Singapore (2) South Carolina (1) Storage (1) Swansea (1) Switzerland (1) Tag (2) Thailand (4) UK (10) UM (1) Uruguay (2) USA (19) Venice (1) Wales (1) Walt Disney (1) Wooden (1)

Search

Powered by Blogger.

Thursday 31 December 2009

Dari jiran sebelah rumah

Terima kasih kepada Puan Yazlina merangkap jiran sebelah rumahku diatas pemberian ini. Terharu sangat. Kebetulan jiran sebelah rumah No.38 (Pn.Yaz) & No.42 adalah pengumpul magnet peti ais..(ahaks). Gumbira rasanya..

Pemberian ini sangat-sangat dihargai.. Terima kasih daun keladi.. kalo ada nak lagi.. :p


Twin Tower FM (ini yg ke-4 dalam koleksi)


Floating Market, Thailand


Kipas dari kulit kerang kot dari Filipina



Kali ni pn kita tak sambung kira-kira ye.. 'Chegu' tak de mood,hari-hari chegu main facebook...

Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 20 December 2009

FM Cartoon

Hasil rembatan selepas berjalan-jalan mencari pasal dengan Ena di Chowkit Road. Semua ni aku dapat dengan murah je. Geram sungguh kepada seller FM yang menjual FM ringan ni dengan harga yang melampau mahalnya.. apapun, aku sangat hepi dengan hasil rembatan kali ini.. ;-)




Untuk kali nih, kita blm sambung belajar mengira yg adik-adik sekalian. FM yang dipublish yang mengikut nombor koleksi terhenti setakat 150 ye.. 'Chekgu' blm ada masa nk ajar mengira sambungan 150 yang ado.. ;-)

Jumpa lagi nanti.. ;-)


Thank you & Happy Viewing!!

Wednesday 9 December 2009

malas..

Adeh..malasnya nk hapdate blog nih... Nape ye? rasa malas sangat nape ntah.. Harap-harap azam tahun 2010 ni, aku akan rajin hapdate blog ni..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...

Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 18 October 2009

Howdy!!

Salam kepada semua. Lama betul blog ni tak diupdate..labah-labah dah bertelur pun kat sini.. ;-) Antara alasan tak update blog ialah aku menjaga Daddy di wad berbulan-bulan. Lepas kuar wad, raya pulak. Disamping masalah kemana menghilang kotak yang aku simpan semua FMs masa nak pindah hari tu. Dalam store masih semak jadi tak dapat aku nak mencari kotak tu.

Selama tak update blog ni,aku terlepas untuk buat entry Happy 1st Birthday kepada diriku sendiri kerana dah setahun menjadi FM collector. Semoga selepas ini akan dapat kumpul FM macam dulu. Gambar kat sebelah ni antara FM yang aku tepek kat CPU @ opis. Nak kirim kat orang nanti senang sebab kebanyakkan orang tak tahu apa itu Fridge Magnet. Ok lah, len kali kalo ada masa aku update lagi blog ni ok. Hingga ketemu lagi.. tata titi tutu



Thank you & Happy Viewing!!

Friday 17 July 2009

Kira pukal lagi ye

Taaa..da.... Gojes tak?


Dah kurun dapat FMs ni. 12 biji FMs ni aku beli dari Jane Doe tapi amek FMs ni tak jumpa Jane pun, aku amek kat Sha jek. Masa dapat FMs ni semua aku hepi sangat! Best sebab semuanya RUBBER magnet. Jane memang jual yang rubber jek.. Thank Jane.. Nanti kalo ada lagi, bagi tau ekk... FMs Walt Disney, Carlifornia Map, Bendera Canada, Matawang. Kita mengira sekali harung je la ye.. Nanti ada masa yang betul-betul free, aku akan amek gambar setiap satu FMs ni ye..

Yang 2 ni pulak, freebie dari Jane. Big hugs untuk Jane Doe yang manis tu.. Terima kasih daun keladi.. Kalo ada nak lagi... ;-)
Ukraine tu aku nak bagi pada Mrs Wood.



Thank you & Happy Viewing!!

Ini dia....

Aku tak sempatlah nak amek gambo setiap satu FMs Argentina ni. So tak dapatlah nak sambung mengira. Aku publish je selambak ni ye. Nanti bila senang kita main kira-kira lagi ye adik-adik..

Kat sini ada FM Uruguay ada 3, FM Brasilia ada 4 dan selebihnya tu ada 21 dari Argentina. Mr Carlos belum dapat post pada aku yang lain-lain (ada banyak lagi katanya;berapa banyak tu aku tak pasti). Yang aku excited nak sangat tengok tu, Football Club kat sana punya FMs la. Tak tahu la bape banyak dia beli. Inilah sebahagian FMs yang aku kirim pada Mr Carlos. Kirim air liur tak main tau..huhu.... Neway, BIG thank you untuk Mr. Carlos.



Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 12 July 2009

Dah sampai

Fridge Magnets Argentina yang aku pesan pada Mr Carlos dah sampai. Ada lebih kurang dalam 20lebih biji magnet tu. Wow!! Bestnya!! Hepi nya... Tapi masih ada lagi yang belum sampai kata Mr Carlos. TUnggu ajelah nampaknya.

Aku tak sempat nak amek gambar semua FMs tu. Nanti ada masa aku akan updated pasal FM-FMs ni semua..

Thank you Mr Carlos!


Thank you & Happy Viewing!!

Ice Age 3

Hello...

Lama betul tak updated blog ni. Sekarang ni aku berada di Triang, Pahang sebagai usaha untuk memulihkan jari kaki daddy. Kami pun dah menyewa sebuah rumah disini bagi memudahkan kami berulang alik untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta & pusat dialisis di pekan Triang ni. Semalam petang, aku membeli stove & gas untuk memasak di Pasaraya Big 10. Untuk membeli segala keperluan memasak seperti bawang dan sebagainya,aku singgah ke satu lagi pasaraya Tunas Manja.


Shoping sakan la walaupun dalam keadaan berjimat gilek ni (banyak perlu gunakan wang untuk perubatan) aku terpandang la coklat Crispy. Aku pun beli la dalam hati kata 'dah lama tak makan coklat ni'. Aku amek 2 bungkus setiap bungkus tu ada 6 peket coklat tu. Tetiba mata aku terpandang satu sticker disampul coklat tu 'PERCUMA ICA AGE 3 Fridge Magnet!'.

Tanpa berlengah lagi aku amek sepeket menjadikan 3 peket semuanya. Hari ni aku nk beli lagi. Sambil mengenyangkan perut aku,dapat gak aku koleksi FM Ice Age 3. Huhu..... Best gak ekk??





Belum sempat nak wat kira-kira FMs yang bertambah dalam koleksi ni. Gambar pun tak sempat nak amik. Later la ye...

p/s : aku belum sempat beli KFC FMs pun.. sedih ni... ;-(


Thank you & Happy Viewing!!

Wednesday 24 June 2009

Yayyay...

Beberapa hari sebelum daddy coma, aku pergi ke Taman Sri Gombak. Aku mencari rumah mengikut alamat yang diberikan. Walaupun aku tak berapa familiar dengan kawasan situ, tapi aku boleh mencari alamat rumah tu dengan pantas. Aku amat berbangga dengan diri aku yang pandai berdikari(memang selama ni pun wat pape sendiri, sebab tu berani berjalan satu KL sendiri!). Sampai di Jalan SG6/6, aku terus mencari rumah yang dimaksudkan. Dengan berkobar-kobar aku pun menghampiri gate & menekan door bell di pintu pagar tu. Keluarlah seorang lelaki India & tanpa berlengah aku terus nyatakan hasrat hatiku - iaitu ingin mengambil barang yang ditinggalkan oleh Mr.S kepada mertuanya. Tak sampai 3mins, satu beg plastik telah berada dalam tanganku. Hatiku semakin tak sabar untuk membukanya. Tapi kene la kontrol depan orang tu. Selepas je aku mengucapkan terima kasih, terus sahaja aku masuk kereta & memandu laju mencari tempat yang sesuai untuk aku tengok barang yang dikirim oleh Mrs Wood dari India. Ada plak port yang sesuai, apalagi terus la aku bukak. Gumbiranya hati aku, sekotak fridge magnet kiriman dari Mrs Wood telah selamat sampai ketangan aku! Thank you Knot. Kesemua fridge magnet tu adalah hasil usaha Mrs Wood membeli & mencarikan untuk aku, Sha, Azma & EFS semasa percutiannya ke Europe awal tahun ini. Dalam kotak ini, ada 28pcs FM kepunyaanku. Girang gembira hati aku..;-)



Nanti ada masa aku akan update cerita mengenai FMs ini semua ye.. Aku tau, Mrs Wood yang lebih excited nak tengok blog aku ni dihiasi dengan FMs yang dipilih olehnya. Sabar ye, nanti aku akan update jugak. Ko jangan risau tau. 'Knot,malam ni aku nak gi jumpa Ben. Insya Allah harap-harap dapat la gi jumpa dia nanti. Lambat betul ko nak balik Mesia ni Knot'.

Akhir sekali Knot, aku memang hepi dengan kedatangan FMs baru ni..Thank you so much..


Thank you & Happy Viewing!!

Rhode Island



FM ni adalah hasil pembelian dengan FM Seller pada awal tahun ini. Tengah mencari lagi negari-negeri lain yang belum ada dalam koleksi. Sedang menunggu lagi, bila la dapat peluang boleh beli negeri yang lain plak? Kene tunggu je la En. Zayed bagitau dah ada ke tak.

Negara/Negeri : United State of America / Rhode Island
Koleksi : #150
Sumber : Beli dari FM Seller
Tahun : March 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Korea lagi


Dapat FM ni dah lama gak, since bulan May hari tu. Dari hari ke sehari nk update tapi tak sempat-sempat. Sekarang ni semua FMs aku dah disimpan baik dalam kotak kasut yang dah mencecah 3 kotak kasut (masih belum mampu menandingi EFS hehehehee..).

FM Korea ni pun dah tercabut sebenarnya. Lepas je Comel letak FM tu kat pintu fridge aku, lepas je gambar ini disnap, terus je patung tu jatuh. Huh!!hampeh! So sekarang, dia dok terbaring bersama kawan-kawan yang perlukan bantuan kemanusiaan dari aku (untuk direpair la tu).


Negara/Negeri : Korea
Koleksi : # 149
Sumber : DD
Tahun : May 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Tuesday 23 June 2009

Mari main guitar

Lama sungguh tak update blog ni. Setelah pelbagai ujian yang Allah berikan kepada aku & anak-anak, Alhamdulillah daddy beransur sihat walaupun kaki yang luka tu takde harapan untuk dipulihkan dengan tanpa dipotong. Doktor belum tahu bila nak wat procedur tu sebab kesihatan daddy agak terganggu selepas peristiwa jantungnya terhenti ketika membuat hemodialisis pada 12 June 2009 yang lalu. Hari ini, didalam wad 8B Hospital Serdang ni, aku mengambil kesempatan untuk mengupdate blog ni pelahan-lahan. Sejak daddy masuk wad sebulan lalu, laptop ini memang menjadi teman setia daddy. Ok, kita berbalik kepada cerita koleksi FMs ku ini. Selama sebulan lebih aku tak update perkembangan FMs ni, aku banyak menerima FMs. Yang aku beli sendiri,yang kawan-kawan bagi mahupun yang saudara-mara bagi. Alhamdulillah sejak aku menjadi Pengumpul Tegar ni minat aku kini disokong oleh keluarga,sahabat & saudara mara.

FM dibawah ini aku beli sendiri ketika keluar dating dengan Sha, Diera & Jane Doe di KLCC akhir bulan May 2009 yang lalu. FM Espana ini, kini bermastautin di Johor Bahru iaitu dirumah Mama. Aku berikan pada mama kerana mama pun kumpul FM tapi belum ketahap 'Tegar' macam aku ni.



Sumber : Gorgeous H
Koleksi : #148
Negara : Espana(Spain)
Tahun : May 2009



Thank you & Happy Viewing!!

Friday 19 June 2009

46 more!!

Salam semua.. Lama tak update pasal FMs. Banyak gak dapat baru-baru ni. Dari mommythelawyer,DD, Mrs Wood & yang aku beli sendiri plus dapat free masa makan kat Tony Roma's Sunway Pyramid beberapa hari sebelum daddy coma. Yang aku beli dari Jane Doe masih ada dengan Sha, tak sempat nak amek lagi. Alhamdulillah rezeki aku mencurah-curah dapat FMs. Terima kasih kawan-kawan. Nanti aku cuba update satu persatu ok.


3 biji FMs Singapore & 4 FMs Pangkor pemberian DD. Thank you dear.

2 biji FMs Singapore, sebiji FM Bali & Uzbekistan pemberian EFS, thank you darl! Nak lagi!!
28 biji FMs yang aku pesan pada Mrs Wood. Dah selamat ada dalam tangan aku! Thank you Knot sayang.
6 biji FMs Tony Roma's, sebiji FM Bubba Gump & sebiji FM Malaysia. Ini beli sendiri. Tony ROma tu dapat free..huhu...





Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 7 June 2009

Bestnye!!

Heheeee...bestnya!! Aku dapat FMs lagi. Kali ni dari Ena & Mak Ai.

Pada 2 June 2009 - Ena & anak2nya datang kerumah. Ena bawak 6 biji FMs untuk aku. Football club yang aku cari2 selama ni dah ada dalam koleksi aku sekarang. Tapi Arsenal punya kecik je pulak (aku ni Arsenal Fans ;-p ). Tapi apapun best la aku tak payah beli lagi dah. Mak Ai datang bercuti ke KL bersama anak2 dia sejak jumaat lepas. Dia belikan aku 4 biji FMs.. Thank you Ena! Thank you Mak Ai..

Nanti aku post satu-satu ek. Sekarang ni aku post yang mana ada dalam laptop ni je dulu. Hepi tu!!!


Thank you & Happy Viewing!!

From DD!

Lama betul aku tak updated blog ni. Hari ni aku dapat pakai laptop ni sebab Daddy kata tak nak guna untuk beberapa ketika. So aku amek kesempatan la nak updated blog ni. Ni ada 6 biji FMs yang DD bagi kat aku. Aku takmo tahu dari mana dia dapat FM ni tapi yang penting aku hepi dengan pemberian dia ni. Dia janji nak bagi lagi pada aku nanti..So kita tunggu je la ekk..


Thank you & Happy Viewing!!

Monday 25 May 2009

15 biji lagi

*Entry yang sama dalam diari blog*

Jumaat lepas, aku jumpa Sha,Diera (adik Sha) & Jane Doe. Sha & Jane Doe ialah FM collector. Perjumpaan pada waktu orang sembahyang jumaat itu berlangsung di KLCC. ;-)
BEST!! itu yang dapat aku gambarkan melalui tulisan. Memang seronok sangat. Harap2 dapat lagi peluang macam tu selepas ni. Yang paling best aku dapat 15 biji FM hari tu. Termasuk yang aku beli sendiri kat KLCC,yang beli dengan Jane, yang Sha bagi & dengan yang Jane bagi. Seronok sangat2 tau.. Sha, nanti bulan depan kita dating pulak dengan Mrs Wood. Aku tak sabar nk tunggu dia balik ni...

Sha & Diera
Sha & GH


15 biji FMs!
Nyumnyum..
Wow! bestnya....
Ini peberet Sha..

Aktiviti hari tu - Makan-makan,minum-minum,jalan-jalan,beli-beli & usha-usha. Lepas makan kitaorang menapak gi ke Akuaria KLCC dengan satu tujuan - cari FM!. Dapat!! Puashati dapat beli FM Akuaria,kami balik semula ke KLCC,kali ni cik kak bertiga tu ajak aku masuk butik Gucci, LV & Coach.. Lepas tu kami pun balik. Aku balik naik tren... ;-)

Sha, Diera & Jane - best sangat dapat jumpa uols... harap2 ada lagi peluang untuk kita berjumpa macam ni lagi nanti.. ;-)


Thank you & Happy Viewing!!

Dah berkurun!

Dah berkurun dah cerita ni.Tapi baru dapat share hari ni. Oleh kerana kesibukan menukar background blog FM & pindah dari wordpress ke blogspot untuk personal blog tu,jadi cerita ni lambat la disiarkan (cam dalam tv plaks).

15 Mei 2009
1.00 ptg - Lepas hantar Daddy gi Dialisis,aku called Ewin tanya boleh jumpa kat mane. Tapi dia kata masih ada kerja yang belum setel. Maknanya petang tu program terpaksa dikensel. Oleh kerana tak mahu membuang masa yang ada (bukan senang nak dapat kuar) terus teringat pada Watie. Dengan bangganya call la dia cakap nak jumpa. Tapi tak bawak pulak FM yang nak ditukar tu, kebetulan plak masa tu baru beli FM UPM,so boleh la bagi pada Watie. Berjanji nak jumpa dia kat McD Equine Park tapi sikit punya ramai orang,tukar tempat so yang ada kedai mamak Azwath tu jek. Aku tunggu Watie kat situ.


Ini Yaeesh - budak comel yang suka keamanan tu..

Cik kak 2 orang ni suka bergosip..tak baik tau! huahahahahhaaa (pssstt..nanti kita jumpa kita gossip lagi tau)

Ini 2 FM yang Watie bagi. Thank you Watie!

Watie pun sampai dengan 2 orang escort dia. hehehehee... Budak comel yang suka wat peace tu kelakar. Dengan rambut dia tu, comel sangat. Aku dapat 3 FMs dari wati..Malu betul, aku bagi dia satu je tapi aku dapat 3. Nak kene cari lagi 2 la ni. Seronok berbual,tukar pulak tempat untuk bagi budak comel tu lagi selesa sikit. Berbual plaks kat McD. Borak,gossip pasal diri sendiri itu je la keje kita berdua. Letih berborak, kitaorang pun balik.. Harap Watie tak serik jumpa k.Ain.. Nanti kita jumpa lagi...


Thank you & Happy Viewing!!

Pageviews since 2 June 2012

Here! Here!