Followers

Pages

Labels

2008 (15) 2009 (140) 2010 (38) 2011 (1) 2012 (1) Abu Dhabi (1) Am (11) Amsterdam (1) Animal (1) Announcement (4) Argentina (2) Australia (2) Award (1) Bali (2) Bangkok (1) Belgium (1) Blossom (1) Bottle Opener (22) Brasilia (2) Brunei (3) Canada (2) Cardiff (1) Cartoon (5) China (2) Connecticut (1) Daddy (2) DD (6) Delhi (1) Dubai (3) Egypt (2) Espana (1) Exchangable (2) Exchange (11) FM Collectors (23) Foods/Drinks (6) Football Club (3) France (3) Friends (29) Germany (1) GH (50) Gift (27) Goa (1) Hawaii (2) Holland (3) Hong Kong (1) HRC (15) Idaho (1) Iklan/Aiming (15) India (8) Indonesia (5) Iraq (1) Italia (4) Jakarta (2) Japan (2) Kitchenware (5) Korea (3) Kuala Lumpur (3) Kuwait (2) Lain-lain (17) Las Vegas (1) London (8) Lovely Lace (1) Magnetic Plate (1) Maine (2) Malaysia (24) Maryland (1) Melaka (2) Metal (2) Michigan (1) Minnesota (1) Mississippi (1) Monaco (2) Montana (1) Netherland (4) Nevada (2) New Delhi (1) New Jersey (1) New Zealand (2) Occasions (1) Pahang (2) Paris (1) Penang (1) Pennsylvania (1) Philippines (3) Pusat Sains Negara (1) Relatives (21) Reserved (5) Rhode Island (1) Rome (1) Rubber (15) Sarawak (2) Singapore (2) South Carolina (1) Storage (1) Swansea (1) Switzerland (1) Tag (2) Thailand (4) UK (10) UM (1) Uruguay (2) USA (19) Venice (1) Wales (1) Walt Disney (1) Wooden (1)

Search

Powered by Blogger.

Saturday 28 February 2009

Bukit Tinggi,Pahang

#43
#44

Beberapa minggu lepas, Dyan (adik perempuan aku yg bongsu) gi berjalan ke Bukit Tinggi Pahang. Dengan ingatan tulus ikhlas, dia membelikan aku beberapa biji (betul ke ayat aku ni) FM chap Bukit Tinggi tu (balik dia claim duit kat aku;huhu orang dah x keje kan). Aku hepi sangat la sebab sekarang ni adik beradik aku kalo ke mana-mana mesti dah ingat nak belikan aku FM sejak aku membuat pengisytiharan pasal hobi baru aku ni... hehehehee.. (untung gak kalo mulut suka mengepoh ni kan..;-p).

Negara/Negeri : Malaysia;Bukit Tinggi Resort, Bentong Pahang
Sumber : Dyan Afinaz
Koleksi : #43 & # 44
Tahun : 2009,Februari

Wednesday 25 February 2009

Wau



Lagi satu FM buatan Malaysia. Aku rasa semua orang ada FM ni... heheheheee... Ni adalah salah satu FM yang terawal dalam koleksi aku.. DD belikan kt KL Tower masa dia bawa orang German (bos dia la tu).

Negara/Negeri : Malaysia
Koleksi : #42
Sumber : DD
Tahun : 2008

Tuesday 24 February 2009

Rumah Burung


FM ni aku beli kt Sunway Pyramid, masa jenjalan dengan Family dari JB awal tahun 2009 ni. Later aku nk cuba dapatkan FM jam yang betul plak.. Ini jam tipu-tipu jek.
Negara/Negeri : Malaysia;
Koleksi : #41
Sumber : GH
Tahun : 2009

Bunga


Alamak, FM ni aku beli kat mane ek? Yang aku ingat kt Melaka tapi aku x ingat location mane yang aku pegi aku jumpa FM ni. Somewhere @ Mini Malaysia or Taman Buaya.

Negara/Negeri : Malaysia;Malacca
Koleksi : #40
Sumber : diri sendiri
Tahun : 2008

Thursday 19 February 2009

Penang


Ni lagi koleksi yang ditambah oleh Jenat & Apai; Kawan DD. Diaorang bercuti ke Penang akhir tahun lepas (somewhere in November 2008). Diaorang belikan aku FM ni. FM (bak kata Jenat)dengan mercu tanda Penang = KOMTAR & Feri.

Negara/Negeri : Malaysia;Penang
Koleksi : #39
Sumber : Jenat & Apai
Tahun 2008

Tuesday 17 February 2009

Melaka


Aku beli sendiri FM ni masa aku g Melaka akhir tahun lepas. X banyak FM yang menarik yang aku jumpa. Aku tak kisah kalo pun dalam negeri je. Nak cari lagi FM dalam negeri sebab yang ada dengan aku pun x banyak (x cukup pun 14 negeri dalam Malaysia ni).

Negara/Negeri : Malaysia;Malacca
Koleksi : #38
Sumber : GH
Tahun : 2008

Friday 13 February 2009

Ole-ole Holland


#32


#33 #34


#35

#36


#37


Taa-daa... Cantik x FM-Fm ni? hehehee...

Negara/Negeri : Holland/Leiden

Koleksi : #32, #33, #34, #35, #36 & #37
Sumber : Mamaku yang vogue lagi stylo....
Tahun : 2009


Mama & Mak Ai.. Lepas bershopping sakan..

Along; Baby Hanna; Mama & Mak Ai posing lagi...


Thank you mama!! Love u so much.....

GayBar


#31

Satu lagi FM dari Netherland yang Mama belikan untuk aku. Cantik x? Cantik kan? Mama beli ni satu je, hanya aku je yang dapat. Mama pun x dapat yang ini sebab mama kata Gay Bar..macam x best jek.. But pada aku, ok jerkkkk.... :-)

Negara/Negeri : Netherland/Amsterdam

Koleksi : #31

Sumber : sapa lagi... Mama la...

Tahun : 2009


Wednesday 11 February 2009

FM Peta Belgium



#29

#30

Mama, Baby Hanna & Mak Ai (aunty aku) ikot Along pergi kerja di Leiden,Holland. Masa berjalan tu, diaorang amek kesempatan berjalan ke Brugge, Belgium. Dapat la 2 FM ni. Mama kata satu FM ni cost dia ada dalam 8.5Euro.

Negara/Negeri : Belgium/Brugge
Koleksi : #29 & #30
Sumber : My beloved mama - Puan Hasnah Sa'don
Tahun : 2009



Rumah Teres


FM ni la satu-satunya mama belikan untuk adik perempuan aku - Herwina Muzriq. Dia x minat kumpul Fm tapi mama belikan sebab sebagai tukar ganti dengan miniture yang dia mintak mama belikan. Mama kata miniture tu harga 80Euro satu... Terlalu mahal...so, dia belikan je la ni sebagai ganti rugi. Dia mintak mama tolong belikan macam ni...





Miniture rumah Monaco yang Along beli kt Monaco... Along kata memang bende tu mahal. Tapi Along minat untuk kumpul bende tu. Dia dah ada lebih dari 5 biji rumah yang bila dicantumkan nampak macam rumah teres.. Cantik kan?? Harga pun cantik gak... ;-)

Monday 2 February 2009

Sydney

#19

#20

#21

#22

#23

#24

#25

#26

#27
#28


Daddy juga memainkan peranan dalam penambahan FM aku ni. Baru-baru ni dia ada kirim pada Ph.D student dia, Puan Rohana yang menghadiri conference dia Sydney, Australia awal Januari 2009. Mengikut perancangan awal dulu, nama aku disenaraikan untuk mengikuti conference tu (tapi bukan untuk bentang paper tapi untuk tujuan iringan jek...heheheheee). Tapi atas sebab-sebab yang didapat dielakkan, aku x pergi. Jadi Daddy bagi Puan Rohana RM100 untuk beli FM. Puan Rohana beli 10 biji FM untuk aku. Tapi yang aku lekatkan di fridge hanyalah 4 sahaja. 3 aku reserved untuk Mrs Wood,Mama & Along (masing-masing punya minat yang sama dengan aku). Yang balance mungkin akan digunakan nanti. :-)

*kat sini aku masukkan kesemua (10) FM yang aku beli tu termasuklah untuk aku agihkan kepada 3 orang berkenaan.*

Negara/Negeri : Australia;Sydney
Koleksi : #19,#20,#21,#22,#23,#23,#25,#26,#27 & #28
Sumber : Daddy
(kira Daddy la yang beli sebab dia yang kuarkan duit - bukan free tau)
Tahun : 2009

Daddy dengan anak-anaknya - Comel & Ariq

Daddy's girl


India

# 18

Negara/Negeri : India;Delhi
Koleksi : #18
Sumber : Mrs Wood a.k.a Zalina Idris
Tahun : 2008


Swansea

#16

#17


Negara/Negeri : United Kingdom;Swansea
Koleksi : #16 & #17
Sumber : Mrs Wood a.k.a Zalina Idris
Tahun : 2008


Buddha Temple

#15

FM dari kawan sekolah yang sama-sama menuntut di Sek.Men.Vokasional Kuala Kangsar 90/91. Ina Bote gelaran untuk dia. Sekarang ni dia menetap di Delhi;India. Aku dapat FM ni masa perjumpaan aku yang pertama setelah berbelas tahun x berjumpa. Pertemuan di KLCC, pada bulan November 2008 (malam tu maid aku lari! Hampeh punye maid!). Dia bagi aku 4 biji FM berbalas 1 dari aku. Neway, aku tau dia akan baca blog ni. Dia pun berkongsi minat yang sama - kumpul FM!

Negara/Negeri : Thailand;Bangkok
Koleksi : #15
Sumber : Mrs Wood a.k.a Zalina Idris
Tahun : 2008

Mr & Mrs Wood dihari persandingan mereka.

Panda Bear


FM ni hasil kiriman DD dari officemate dia yang ditugaskan ke China. Aku masih ingat lagi, FM ni aku dapat pada bulan November 2008. Thank you DD..

Negara/Negeri : China;Cheng Du
Koleksi : #14
Sumber : DD
Tahun : 2008

Rumah Monaco


#13
Pada tahun 2007, my sis Harni Zeeta ditugaskan ke Monaco. Lama jugak Along (panggilan untuk dia) pergi ke sana ada lebih kurang 4 bulan. Dapat la dia tengok F1 kt sana. Masa tu aku belum lagi ada minat nk kumpul FM ni, jadi xlah Along belikan untuk aku. Tapi setelah dia tahu yang aku ni pun ada minat yang sama macam dia (dia pun dah banyak koleksi FM ni), jadi dia hadiahkan aku sebuah rumah yang mewah untuk menghiasi pintu fridge aku tu. Aku terlalu sayang pada FM ni (aku sendiri x tau kenapa;mungkin sebab dia nampak unik).

Negara/Negeri : Monaco
Koleksi : #13
Sumber : Harni Zeeta(my beloved sis)
Tahun : 2008


Along (January 2009) - somewhere @ Belgium (maybe)

Pageviews since 2 June 2012

Here! Here!