Semalam ada mood sikit nk menyusun semula kedudukan FMs diatas magnetic plate yang cantik ni (perasan mood tapi memang betul pn cantik sebab akak gojes dah belanja ratusan ringgit untuk merealisasikan impian memiliki magnetic plate ni), dengan bantuan maid,dapatlah akak gojes menyusun semua FMs yang ada.
Bermula dari tengah,oleh kerana Hrc magnets lebih mahal dari FMs yang lain, ianya diberi keutamaan. 33 keping HRC magnets yang ketika ini dah berada dalam koleksi akak gojes (termasuk yg rubber & metal yang non bottle opnener)disusun ditengah-tengah (3 biji dalam satu baris & kesemuanya ada 11 baris). HRC Hong Kong masih berada bersama EFS & HRC Fox Wood masih berada bersama Jane. :-)
Close-up
Rubber, metal, alphabets disusun disebelah kanan HRC magnets manakala ceramic magnets disusun disebelah kiri. Untuk seketika ini (diharap berterusan) akak gojes dah tak membeli FMs selain HRC magnets. Tak tahu kenapa dah takde mood untuk mengoder lagi. :-) Alhamdulillah, sebenarnya akak gojes gembira dengan perubahan diri ini.
Thank you & Happy Viewing!!