Followers

Pages

Labels

2008 (15) 2009 (140) 2010 (38) 2011 (1) 2012 (1) Abu Dhabi (1) Am (11) Amsterdam (1) Animal (1) Announcement (4) Argentina (2) Australia (2) Award (1) Bali (2) Bangkok (1) Belgium (1) Blossom (1) Bottle Opener (22) Brasilia (2) Brunei (3) Canada (2) Cardiff (1) Cartoon (5) China (2) Connecticut (1) Daddy (2) DD (6) Delhi (1) Dubai (3) Egypt (2) Espana (1) Exchangable (2) Exchange (11) FM Collectors (23) Foods/Drinks (6) Football Club (3) France (3) Friends (29) Germany (1) GH (50) Gift (27) Goa (1) Hawaii (2) Holland (3) Hong Kong (1) HRC (15) Idaho (1) Iklan/Aiming (15) India (8) Indonesia (5) Iraq (1) Italia (4) Jakarta (2) Japan (2) Kitchenware (5) Korea (3) Kuala Lumpur (3) Kuwait (2) Lain-lain (17) Las Vegas (1) London (8) Lovely Lace (1) Magnetic Plate (1) Maine (2) Malaysia (24) Maryland (1) Melaka (2) Metal (2) Michigan (1) Minnesota (1) Mississippi (1) Monaco (2) Montana (1) Netherland (4) Nevada (2) New Delhi (1) New Jersey (1) New Zealand (2) Occasions (1) Pahang (2) Paris (1) Penang (1) Pennsylvania (1) Philippines (3) Pusat Sains Negara (1) Relatives (21) Reserved (5) Rhode Island (1) Rome (1) Rubber (15) Sarawak (2) Singapore (2) South Carolina (1) Storage (1) Swansea (1) Switzerland (1) Tag (2) Thailand (4) UK (10) UM (1) Uruguay (2) USA (19) Venice (1) Wales (1) Walt Disney (1) Wooden (1)

Search

Powered by Blogger.

Wednesday 24 June 2009

Yayyay...

Beberapa hari sebelum daddy coma, aku pergi ke Taman Sri Gombak. Aku mencari rumah mengikut alamat yang diberikan. Walaupun aku tak berapa familiar dengan kawasan situ, tapi aku boleh mencari alamat rumah tu dengan pantas. Aku amat berbangga dengan diri aku yang pandai berdikari(memang selama ni pun wat pape sendiri, sebab tu berani berjalan satu KL sendiri!). Sampai di Jalan SG6/6, aku terus mencari rumah yang dimaksudkan. Dengan berkobar-kobar aku pun menghampiri gate & menekan door bell di pintu pagar tu. Keluarlah seorang lelaki India & tanpa berlengah aku terus nyatakan hasrat hatiku - iaitu ingin mengambil barang yang ditinggalkan oleh Mr.S kepada mertuanya. Tak sampai 3mins, satu beg plastik telah berada dalam tanganku. Hatiku semakin tak sabar untuk membukanya. Tapi kene la kontrol depan orang tu. Selepas je aku mengucapkan terima kasih, terus sahaja aku masuk kereta & memandu laju mencari tempat yang sesuai untuk aku tengok barang yang dikirim oleh Mrs Wood dari India. Ada plak port yang sesuai, apalagi terus la aku bukak. Gumbiranya hati aku, sekotak fridge magnet kiriman dari Mrs Wood telah selamat sampai ketangan aku! Thank you Knot. Kesemua fridge magnet tu adalah hasil usaha Mrs Wood membeli & mencarikan untuk aku, Sha, Azma & EFS semasa percutiannya ke Europe awal tahun ini. Dalam kotak ini, ada 28pcs FM kepunyaanku. Girang gembira hati aku..;-)



Nanti ada masa aku akan update cerita mengenai FMs ini semua ye.. Aku tau, Mrs Wood yang lebih excited nak tengok blog aku ni dihiasi dengan FMs yang dipilih olehnya. Sabar ye, nanti aku akan update jugak. Ko jangan risau tau. 'Knot,malam ni aku nak gi jumpa Ben. Insya Allah harap-harap dapat la gi jumpa dia nanti. Lambat betul ko nak balik Mesia ni Knot'.

Akhir sekali Knot, aku memang hepi dengan kedatangan FMs baru ni..Thank you so much..


Thank you & Happy Viewing!!

Rhode Island



FM ni adalah hasil pembelian dengan FM Seller pada awal tahun ini. Tengah mencari lagi negari-negeri lain yang belum ada dalam koleksi. Sedang menunggu lagi, bila la dapat peluang boleh beli negeri yang lain plak? Kene tunggu je la En. Zayed bagitau dah ada ke tak.

Negara/Negeri : United State of America / Rhode Island
Koleksi : #150
Sumber : Beli dari FM Seller
Tahun : March 2009

Thank you & Happy Viewing!!

Korea lagi


Dapat FM ni dah lama gak, since bulan May hari tu. Dari hari ke sehari nk update tapi tak sempat-sempat. Sekarang ni semua FMs aku dah disimpan baik dalam kotak kasut yang dah mencecah 3 kotak kasut (masih belum mampu menandingi EFS hehehehee..).

FM Korea ni pun dah tercabut sebenarnya. Lepas je Comel letak FM tu kat pintu fridge aku, lepas je gambar ini disnap, terus je patung tu jatuh. Huh!!hampeh! So sekarang, dia dok terbaring bersama kawan-kawan yang perlukan bantuan kemanusiaan dari aku (untuk direpair la tu).


Negara/Negeri : Korea
Koleksi : # 149
Sumber : DD
Tahun : May 2009


Thank you & Happy Viewing!!

Tuesday 23 June 2009

Mari main guitar

Lama sungguh tak update blog ni. Setelah pelbagai ujian yang Allah berikan kepada aku & anak-anak, Alhamdulillah daddy beransur sihat walaupun kaki yang luka tu takde harapan untuk dipulihkan dengan tanpa dipotong. Doktor belum tahu bila nak wat procedur tu sebab kesihatan daddy agak terganggu selepas peristiwa jantungnya terhenti ketika membuat hemodialisis pada 12 June 2009 yang lalu. Hari ini, didalam wad 8B Hospital Serdang ni, aku mengambil kesempatan untuk mengupdate blog ni pelahan-lahan. Sejak daddy masuk wad sebulan lalu, laptop ini memang menjadi teman setia daddy. Ok, kita berbalik kepada cerita koleksi FMs ku ini. Selama sebulan lebih aku tak update perkembangan FMs ni, aku banyak menerima FMs. Yang aku beli sendiri,yang kawan-kawan bagi mahupun yang saudara-mara bagi. Alhamdulillah sejak aku menjadi Pengumpul Tegar ni minat aku kini disokong oleh keluarga,sahabat & saudara mara.

FM dibawah ini aku beli sendiri ketika keluar dating dengan Sha, Diera & Jane Doe di KLCC akhir bulan May 2009 yang lalu. FM Espana ini, kini bermastautin di Johor Bahru iaitu dirumah Mama. Aku berikan pada mama kerana mama pun kumpul FM tapi belum ketahap 'Tegar' macam aku ni.



Sumber : Gorgeous H
Koleksi : #148
Negara : Espana(Spain)
Tahun : May 2009



Thank you & Happy Viewing!!

Friday 19 June 2009

46 more!!

Salam semua.. Lama tak update pasal FMs. Banyak gak dapat baru-baru ni. Dari mommythelawyer,DD, Mrs Wood & yang aku beli sendiri plus dapat free masa makan kat Tony Roma's Sunway Pyramid beberapa hari sebelum daddy coma. Yang aku beli dari Jane Doe masih ada dengan Sha, tak sempat nak amek lagi. Alhamdulillah rezeki aku mencurah-curah dapat FMs. Terima kasih kawan-kawan. Nanti aku cuba update satu persatu ok.


3 biji FMs Singapore & 4 FMs Pangkor pemberian DD. Thank you dear.

2 biji FMs Singapore, sebiji FM Bali & Uzbekistan pemberian EFS, thank you darl! Nak lagi!!
28 biji FMs yang aku pesan pada Mrs Wood. Dah selamat ada dalam tangan aku! Thank you Knot sayang.
6 biji FMs Tony Roma's, sebiji FM Bubba Gump & sebiji FM Malaysia. Ini beli sendiri. Tony ROma tu dapat free..huhu...





Thank you & Happy Viewing!!

Sunday 7 June 2009

Bestnye!!

Heheeee...bestnya!! Aku dapat FMs lagi. Kali ni dari Ena & Mak Ai.

Pada 2 June 2009 - Ena & anak2nya datang kerumah. Ena bawak 6 biji FMs untuk aku. Football club yang aku cari2 selama ni dah ada dalam koleksi aku sekarang. Tapi Arsenal punya kecik je pulak (aku ni Arsenal Fans ;-p ). Tapi apapun best la aku tak payah beli lagi dah. Mak Ai datang bercuti ke KL bersama anak2 dia sejak jumaat lepas. Dia belikan aku 4 biji FMs.. Thank you Ena! Thank you Mak Ai..

Nanti aku post satu-satu ek. Sekarang ni aku post yang mana ada dalam laptop ni je dulu. Hepi tu!!!


Thank you & Happy Viewing!!

From DD!

Lama betul aku tak updated blog ni. Hari ni aku dapat pakai laptop ni sebab Daddy kata tak nak guna untuk beberapa ketika. So aku amek kesempatan la nak updated blog ni. Ni ada 6 biji FMs yang DD bagi kat aku. Aku takmo tahu dari mana dia dapat FM ni tapi yang penting aku hepi dengan pemberian dia ni. Dia janji nak bagi lagi pada aku nanti..So kita tunggu je la ekk..


Thank you & Happy Viewing!!

Pageviews since 2 June 2012

Here! Here!